Hari Keluarga 2009

26 Jun, 2010
Hari Keluarga di Crystal Tower pada tahun 2009 telah diadakan pada 24hb Oktober, 2009. Hampir 50 keluarga telah mengikuti aktiviti anjuran JMB.

Berbagai aktiviti yang telah disediakan dalam usaha mengeratkan hubungan kejiranan sesama penduduk. Kegembiraan dan kerjasama dari penduduk yang terlibat telah menambah keharmonian penduduk Crystal Tower.

Aktiviti yang telah diadakan:-
1. Pertandingan mewarna
2. "Tin Can Alley"
3. "Musical Chair"
4. Persembahan

Jamuan makan dan pemberian hadiah kepada peserta pertandingan adalah merupakan penutup kepada Hari Keluarga di Crystal Tower. Aktiviti ini amat meriah kerana semua yang hadir amat gembira dan berpuas hati dengan persiapan dan perjalanan program yang menarik.

Cabutan bertuah juga diadakan dan pemenang telah diberi hadiah yang berupa hamper.


Tempat perasmian Hari Keluarga tahun 2009














Pendaftaran para peserta Hari Keluarga - diwakili oleh anak-anak












Pertandingan mewarna bagi anak-anak.











                                                                                       Pertandingan "Music Chair"..











Pertandingan "Tin Can Alley"

Persembahan dari Vick3 dan Hardstyler



Makan-makan time!!!


Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan.

















Semoga dengan adanya aktiviti-aktiviti riadah yang dijalankan seperti hari Keluarga ini, hubungan silaturrahim di antara penduduk di Crystal Tower akan menjadi lebih rapat dan mesra. Ini penting dalam memastikan setiap penduduk kenal-mengenali di antara satu sama lain dan menjadikan Crystal Tower sebagai tempat tinggal yang sesuai untuk semua golongan.

Jumpa lagi di Hari Keluarga 2010!!..

Kemudahan di Crystal Tower

18 Mei, 2010
Crystal Tower mempunyai kemudahan-kemudahan seperti di bawah untuk kegunaan penduduknya:-

1. Kolam renang
2. Gimnasium
3. Bilik serbaguna
4. Kedai serbaneka
5. Saloon
6. Kedai dobi
7. Cafe
8. Surau